Friday, July 27, 2012

PUTARAN HIDUP MANUSIA !


Benarkah hidup ini begitu mudah aturannya ?

Lahir  kemudian membesar menjadi kanak-kanak. Riang ria di alam persekolahan. Seterusnya bergelar remaja (aku di alam remaja), melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, menjadi dewasa, berumahtangga, beranak-pinak dan akhirnya putaran hidup itu berlaku lagi pada generasi yang akan datang. Suatu ketentuan yang sudah pasti.
Tetapi dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini, manusia sering berdepan dengan pelbagai perkara. Antaranya nasib atau takdir, usaha dan kemahuan serta banyak lagi yang mempengaruhi sebuah kehidupan. Maka sebab itu, kita tak patut menyalahkan Tuhan, kerana semuanya sudah tersedia untuk kita yang bergelar manusia. Cuma, laluan setiap insan dalam meneruskan kehidupan di muka bumi ini yang berbeza.


*Harap aku akan jadi yang terbaik di antara yang terbaik. Amin :)

Saturday, July 21, 2012

I LOVE U YA ALLAH


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Ku cinta Dia. Kita mencintai Allah SWT. Adakah sekadar kata-kata cukup sebagai bukti? 

" Tidak, cinta kepada-Nya tidak terbukti hanya melalui kata-kata. "

Hasan Al-Basri rahimahullah berkata:

Para sahabat Nabi SAW berkata: " Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami amat mencintai Allah SWT. " Kemudian Allah SWT mahu menjadikan tanda yang menunjukkan kecintaan kepada-Nya. Dengan itu Allah SWT menurunkan ayat berikut:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mencintai Allah SWT maka ikutilah aku. Nescaya Allah SWT mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Ali 'Imran: 31)

Dari Abu Hurairah RA katanya :

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Sesungguhnya Allah SWT berfirman: " Barangsiapa memusuhi kekasih-Ku, maka Aku memberitahu kepadanya bahawa dia akan Aku perangi. Dan tidaklah seseorang hamba-Ku itu mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang amat Aku cintai lebih daripada apabila dia melakukan apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan tidaklah seseorang hamba-Ku itu mendekatkan diri kepada-Ku dan melakukan perkara sunnah sehingga akhirnya Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Akulah telinganya yang dia gunakan untuk mendengar, Akulah matanya yang dia gunakan untuk melihat, Akulah tangannya yang dia gunakan untuk mengambil dan Akulah kakinya  yang dia gunakan untuk berjalan. Andaikata dia meminta sesuatu kepada-Ku pastilah Aku beri, dan andaikata dia memohon perlindungan kepada-Ku pastilah Aku lindungi. "

(Riwayat Bukhari)

Saidina Umar al-Khattab r.a. pernah berkata :

" Amalan yang paling afdhal ialah melaksanakan amalan yang difardhukan oleh Allah SWT, menjauhi perkara yang diharamkan-Nya dan benarnya niat untuk mendapatkan apa yang ada di sisi Allah SWT semata-mata. "

Al-Quran

Di antara perkara sunat utama yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT ialah membaca Al-Quran dan mendengarnya dengan penuh tafakkur, tadabbur serta memahaminya.

Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ

Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhankamu, dan penawar bagi penyakit dalam dada kamu, dan hidayah petunjuk (untuk keselamatan), serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.

( Surah Yunus: 57)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

" Bacalah Al-Quran kerana ia akan memberi syafaat(pertolongan)kepada sesiapa yang membacanya pada hari akhirat kelak. "

Bukti DicintaiNya

Apabila seorang hamba dicintai oleh Allah SWT, maka ada buktinya dan ada tandanya.

Telinganya, hanya mendengar sesuatu yang berupa ketaatan kepada Allah SWT, tidak atas dorongan hawa nafsu dan syaitan.

Pandangan matanya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah SWT,  jauh daripada dorongan kebinasaan hawa nafsu dan syaitan.

Tangan kaki dan pergerakannya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah SWT, bukan kemaksiatan kepadaNya.

"Kita muhasabah diri. Adakah terdapat pada diriku bukti-bukti itu? Adakah aku dicintaiNya?"

Asy-Syaukaani berpendapat :

" Allah SWT memberi kepada anggota-anggota tersebut nur-Nya (cahaya) yang menyuluh jalan hidayah dan menghindarkannya daripada kesesatan. "

Siapa Bertakhta Di Hati ?

Firman Allah SWT :

قُلْ إِنْ كَانَ أبَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Katakanlah: " Jika bapa-bapa, anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah SWT dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya,maka tunggulah sehingga Allah SWT mendatangkan keputusan-Nya ". Dan Allah SWT tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq. "

(At-Taubah: 24)

Kecintaan kepada Allah SWT pasti membuahkan cinta kepada teman hidup dan keluarga. Cinta insani itu adalah buah daripada cinta kepada Allah SWT. Kecintaan kepada teman hidup dan keluarga perlu didasari dengan cinta kepada Allah SWT.

Kebahagiaan bergantung kepada sesuatu yang menjadi neraca nilai. Andai syara' diambil sebagai neraca nilai, kebahagiaan anugerah Allah SWT pasti bersama. Kebaikan adalah apa yang syara' tetapkan sebagai baik. Keburukan adalah apa yang syara' tetapkan sebagai buruk. Kehidupan dan interaksi indah dihiasi dengan nilai Islam.

Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Pencipta. Allah Al-Khaliq. Harta adalah ujian. Andai dimanfaatkan ke jalan Islam, Insyaallah ianya adalah amal yang akan menghadirkan cinta Allah SWT. Jika yang sebaliknya berlaku, pasti mengundang kemurkaan dan azab-Nya.

Lelaki baik untuk perempuan baik


Assalamualaikum 

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya anda masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk anda ikuti?

Seorang sahabat saya kemudiannya memberi komentar mengenai ayat ini, “Kalau macam tu, tak nak lah kahwin dulu. Saya nak memperbaiki diri sampai layak mendapat isteri yang lebih baik.” Astaghfirullahal'adzim, bertapa buruknya pandangan seperti ini.

Pertama, membersihkan serta memperbaiki diri dan iman tidak boleh dicampurkan dengan niat kerana selain Allah SWT. Itu namanya syirik. Bagaimana seorang boleh mengatakan ingin memperbaiki diri untuk mendapatkan pasangan yang lebih baik sedang diwaktu dia menyatakan perkara tersebut dia sedang menduakan Tuhan. Pembersihan dan pembaikan yang cuba dilakukan malah boleh bertukar menjadi pengotoran dan perosakan diri.

Kedua, Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang hamba menikah, maka telah sempurnalah setengah agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada setengah yang lain.”1 Jika menikah itu menyempurnakan setengah dari agama, apakah sarana pembersihan dan pembaikan diri yang lebih utama berbandingnya? Seorang yang belum nikah bererti belum sampai separuh pun keimanan yang ada di dalam dirinya.

Ketiga, perkataan “lebih” itu membawa maksud perbandingan antara dua. Bagaimana untuk mengukur “lebih” andai tiada yang pertama.

Keempat kalaupun dia dapat mengetahui “lebih baik” itu, seandainya dia mendapat seorang yang tidak sebaik dirinya, bagaimana? Sedangkan dia telah meletakkan kriteria sendiri mengenai yang “lebih baik”. Sedangkan Allah SWT maha tahu. Mungkin sahaja kita cuma nampak baik, atau merasakan diri baik, atau nama lainnya perasan!

Allah S.W.T dengan kehebatannya dalam mencipta dan menjadikan alam semesta telah menetapkan suatu sistem yang sangat sempurna iaitu islam. Lantas Allah S.W.T menyuruh hamba-hambanya agar taat dan patuh terhadap agama ini dan masuk ke dalamnya dengan seluruh hati dan jiwa.

1Hadith riwayat al-Hakim dan ath-Thabrani dari Anas bin Malik. Imam al-Bani menghasankannya.




NOT MEANT TO BE TOGETHER



I don’t wanna get hurt,
so I choose to keep myself silence 
just watching you from far,
to see how happily you live your life.

Of course it so much pain,
But times will go fast,
Someday I know I will recover
 I don’t know how long it takes,
 to forget you,
how would deep the pain would be
to forget you,
but at least,
I know,
you are happy now.

I never in my life,
liking someone so much
like you,
and when I think of the past,
I wish I could go back
to those times
which I have so much chances
to tell you
how much I like you.
I regret
for letting time goes by,
but I will never ever regret
of knowing you.
I know
you will never care of these,
a piece of my feeling,
you might never read of these,
but at least,
I know
I already let go
This piece of feelings
liking a person of you.
I wanna forget you,
But how did I like you?
when did I start liking you?
and why I did choose to like you?
I don’t know
why should a person have a reason to like someone,
do I need a reason to like you?
and if you ask me,
I don’t know.
I really don’t know.
It just happen to be
me of liking you.
  
I should stop this.
I should believe,
my heart deserve for someone
and your heart deserve for someone too
which may not be me
which may not be you.

Sunday, July 15, 2012

TIDAK AKAN PERNAH BERULANG !

assalamualaikum cinta ;)


Dulu mungkin boleh faham kenapa jadi macam ini , mungkin bila aku dah cakap ia makin berubah menjadi lebih tetapi ia tetap mengulangi,mungkin salah aku tapi aku tidak sampai hati sebab nak jaga hati orang !
 bak kata pepatah
 "BIAR ORANG SAKITKAN HATI KITA TAPI JANGAN KITA YANG SAKITKAN HATI ORANG"

kenapa aku buat keputusan terburu-buru nie?kenapa aku tak fikir dulu ?tapi apa yang aku rasa sekarang ni....mungkin ada hikmah disebalik ini semuaaaa .

HATI KANAN:nak terima balik tetapi rasa tidak boleh
HATI KIRI:tak nak terima tetapi sangat kesian

kadang kala aku fikir memang patut pun aku buat macam itu tetapi ia macam menyedihkan aku sendiri  sampai aku tak faham apa yang aku rasa !tidak kisahlah apa yang aku hadapi ,aku tetap dengan penderian aku  . HATI DAN EGO Waaa memang tinggi dan keras jadi aku tidak kisah kau dan kau nak kata apa-apa k . terima kasih sebab penah singgah di hati aku walaupun sekejap !aku masih mampu tersenyum :) . doakan saya 


AKU ingin mencintai DIA dengan sederhana ♥


AKU REDHO DAN PASRAH ...



"teruskan atau patah balik ?"
"petak atau bulat ?"
Jangan tutup semua jalan dan biarkan satu yg kau terpaksa lalu terbuka. Kawan berjuta yg dicari cuma satu yg terbaik. Keep your eyes open, wise girl. 
-another lessons of life after an hour debating seeking for the secrets =)

SAKIT HATI AKU !

assalamualaikum ...

 ya allah kenapalah aku marah sangat kat DIA nie ? marah sangat kat kau tau ! now aku dh remove kau .. puas kau? aku harap kau berubah tapi sebaliknye  .... sedih la weh dengan  kau punye perangai ); .

Tuesday, July 10, 2012

NAA

Rapatkan saf, biar jangan ada yang mengacau diantara kita. 

Siapa yang bisa mengacau tatkala niat menghadap yang Kuasa?
Memang, ada yang bisa mengacau hidup walau sedang beribadat. 
Apa lagi sedang makan, tidur, jalan, duduk dan semua perbuatan manusia angkara kemahuan kita sendiri. 
Selepas segalanya selesai, banyak yang mengacau. Maksud aku yang cuba untuk membuat kacau. 
Macam - macam cara kacaunnya, baik dari depan mahupun di belakang, baik datang dari yang dekat, mahupun dari yang jauh.  
Aku biarkan dia mengacau sambil meracau - racau bikin kacau. 
Dan aku akan tetap duduk di sini menikmati keindahan yang terbentang luas di depan matahati ini dengan rasa syukur..
Alhamdulillah, rezeki masih ingin terus mengiringi hidup ini dengan begitu mesra sekali. 
Tidak begitu rapat, namun kami gembira dengan perhubungan ini. Memadai dan menepati citarasa masing - masing. Yang penting, kami saling menghormati dan memahami sesama sendiri. 
Aku tanam niat dalam hati rapat - rapat. serapat saf tika berhubung denganNya, agar tidak ada yang bisa mengacau antara niat itu. Apa niat - niat itu?.. biar hati ini sahaja yang menyimpan.  Agar tidak ada yang terluka. Jangan bimbang, aku jaga hati ini baik - baik. 
Wahai hati,
Biar cantek jangan buruk,
Biar sehat jangan sakit,
Biar bersih jangan kotor,
Biar puteh jangan hitam.
Terima Kaseh atas segalanya...

Sunday, July 8, 2012



Assalamualaikum :)



Setiap orang pasti ada 'CRUSH' masing-masing. kadang kalau nasib kita baik orang yang kita crush tu mungkin akan naik pangkat sikit jadi boyfriend atau hanya crush selama-lamanya.


bagi aku, crush ni hanyalah cinta pandang pertama. kita tengok orang tu at first sight then kita akan rasa macam nak tengok lagi sebab orang tu ada daya tarikan yang tersendiri. dan bagi aku crush ni bukan lah cinta. sebab ianya lebih kepada admire kepada seseorang. atau lebih tepat lagi kita kata diri kita sebagai secrete admire if we crush on someone.



FAIZ  NAWAWI

Education:
Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak (99'-04')
Sekolah Sultan Alam Shah (05'-09')
Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (10'-11')
Universiti Kebangsaan Malaysia (11'-14')

Scholarship:
Jabatan Perkhidmatan Awam (10'-14')

Working Experience:
Astro Customer Service Executive (11')

maaflah faiz ambik pic u and  info u tanpa bagitahu u ! hahahah ...
semoga i dapat ikut jejak u . Doakan :)


Saturday, July 7, 2012

NAA



When she stop searching her prince
and make allah the KING IN HER HEART
He then help her to complete her dream become REALITY:)