Saturday, January 28, 2012

Pakwe oh Pakwe,
Kadang-kadang kau buat makwe jadi gila,
Ada masa tu senyummmm sampai ke telinga,
Dalam kasar-kasar tu, makwe boleh jadi mengada-ngada,
Sampai diri sendiri tak percaya,
Macam tu sekali penangan cinta.
Dalam selekeh tu, makwe cuba-cuba nak bergaya,
Balik rumah, eksperimen macam-macam kat muka,
Kononnya nak tampil menawan dan jelita,
Bukan untuk siapa-siapa,

Untuk pakwe juga.


Pakwe oh Pakwe,
Dah ada depan mata pun kau buat perangai juga,
Tengok perempuan lain sampai terbeliak bijik mata,
Kau tanya takkan tengok pun makwe tarik muka?
Muka makwe dah start masam mencuka,
Kau plak buat macam tak ada apa-apa,
Makwe pun confuse kau ni buta ke apa,
Tak tahu ke makwe ni dok tunggu kau punya kata-kata,
Ni kau sanggup buat bodoh sampai ke lusa,
Elehhhh.. Pujuk sikit pun takkan nak berkira?



Pakwe oh Pakwe,
Kau ignore makwe sebab dota ke bola ke, makwe tak kata apa,
Tapi kalau kau dah start mention-mention kat twitter dengan bermacam nama,
Kau ingat makwe suka?
Kemain lagi kau kalau perempuan lain laju je balasnya,
Kalau makwe sendiri haram kau nak bertanya,
Dapat pulak memang perempuan yang makwe tak boleh nak dengar nama,
Yang tu jugak la kau nak bersuka-suka,
Kau ni bengong ke apa?
Kang makwe cakap banyak, mula lah kau bermacam kata,
Nak cakap yang kau selalu buang kawan sebab makwe,
Kau tak tahu ke yang makwe ni kat dahi dah cop kau punya nama.



Pakwe oh Pakwe,
Kau buatlah perangai macam mana,
Makwe ni bertabahlah cuba nak terima,
Sabar punya sabar sampai dah kepala,
Sampai satu saat nanti makwe dah tak boleh nak kata apa,
Time tu barulah kau tahu langit tu tinggi mana,
Kena tinggal memang jadi sia-sia,
Kalau kau dapat yang lagi bagus tak apa ler,
Tapi kalau dapat perangai serupa celaka?
Padan muka je lah ye.

yang benar...aku ciplak dari blog owg lain..hahahaa

Wednesday, January 25, 2012

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Assalamualaikum. 
Aku cukup tertarik dengan satu artikel di iluvislam.com
Mungkin ianya ada berkenaan dengan kita semua. Terutamanya dalam mencari jodoh. Jadi, aku rasa tak salah kalau aku sharekan artikel ni pada anda semua terutamanya pembaca blog aku ni. 

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
-Artikel iluvislam.com

Jadi, antara sepuluh-sepuluh petanda ni, adakah semuanya ada kena mengena dengan anda? Katakan YA atau TIDAK. hehe

Selamat berbahagia semua :) 

Monday, January 23, 2012

A THING CALLED LOVE

"Happiness is all around when you're surrounded by love."
NURAZIRA BINTI HAJI ALI

L.O.V.E. Believe in it? Well, some people don't. There are people who say that love hurts. For some, they think that love turns the world upside down. Some may say that love is blind. Love is cruel, certain people might express. But some just say, love sucks. Well, it depends. Experiences teach us lots of things. Some experiences teach us new things but some are just reminder to our past. People who say that love hurts might not see the good side of it, YET, but don't worry. It'll show up, someday...

I see love as a gift. A gift sent by God. Sent to families, friends, lovers and even strangers. Whatever it is, love brings joy to the world and without love, there's no peace.
Make LOVE, not WAR

MISS.LOVE.LIKE.HATE



Posted this on my Facebook status and deleted it but decided to place it here since I haven't 


posted any for 

quite some time.


♥ ♥ When you're being missed by many, loved by a lot, well-liked by a large number and 

hated by just a few... Please know that few people who hate you may be having trouble 

seeing your good deeds because of their hatred. Just stay true to yourself and InsyaAllah, 

everything will be fine because He's with you all the time. Mode: Still learning to forgive and 

trying to be as sincere as possible to everyone. :~)





CARTA HATI


hehe..sweet jee kan CARTA HATI..
eh eh,,spe laa yg ade kt CARTA HATI u all kan?
msty dorg to sgt membahagiakan korg kan kan?

alaaa..untunglaaa dy ade org sygggg..
klo org tnye spe ade kt CARTA HATAI XYRA the answer is XDE SAPE2..
huhu..sedih nye.... :(

xpe laaa..nnt XYRA cary la yee..
mmg untunglaa sape yg ade dlm CARTA HATY XYRA tau tau..hehe
xde laa..perasan jee lebih..

anw utk korg yg dah ade buah haty mengaran jantung too semoga appy2 selalu yee..
xmo gadoh2,,xmo sedih2...
n im appy 4u..

doa2 kan laa XYRA ade CARTA HATI nnt..aminnn :)

loveu alll..XYRA ZARAI ...



Sunday, January 22, 2012

ANDAI LELAKI MEMAHAMI



andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya.

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah tapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.



andai lelaki tahu...
apabila seorang perempuan cepat marah, dia memang tidak mampu mengawal perasaannya. tapi percayalah itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. lihat sahaja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.

andai lelaki tahu...
apabila seseorang perempuan itu banyak bercakap, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.



andai lelaki tahu...
seorang perempuan itu berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya. tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu cemburu dan tidak percayakan anda itu bukan bermakna dia tidak sayang..sebaliknyaa dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda seperti anak kecil yang perlukan perhatian. kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. naluri keibuannya kuat. dia hanya mahukan yang terbaik
untuk anda.



andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dirinya dihargai..

andai lelaki tahu..
apabila perempuan jarang mengatakan ' I love You,' itu tudak bermakna dia tidak mencintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..




andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata dia rindu pada kamu, dia benar-benar maksudkannya. apabila berjauhan, bayangan kamu akan sentiasa bermain di mata.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik daripada diri kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya menguji kamu. dia mahu melihat bagaimana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.walaupun sememangnya kamulah yang terbaik di hatinya. selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan masih menganggap ramai lagi yang lebih baik dimatanya, tetapi dihatinya kamu tetap yang terbaik.



andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana kamu mampu bersabar dengan kerenahnya. percayalah hati perempuan itu sangat lembut. andai kena caranya, jangan terkejut kalau dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu berkata "tolong tinggalkan saya". dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. perempuan memang sukar mengawal perasaan. dia terlalu emosional. tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.



andai lelaki tahu...
sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. disebalik air matanya, tersimpan seribu kekuatan yang bakal menjadikan seseorang lelaki itu selamat bersamanya. biarpun perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan sendiri yang bisa mengoncangkan dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki lemah kerananya..


jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda..







perempuan memang dilahirkan sangat complicated untuk difahami.. tapi kadang-kadang lelaki juga sukar untuk difahami.. mereka juga complicated.. :)

Saturday, January 21, 2012

KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK

Assalamualaikum ... hi u my STALKER (: . KOLEJ ke ? wah tahun nie tahun yang amat memenatkan . Banyak sangat perubahan yang berlaku secara mendadak . Dah lah masa betukar tapi still bgun pagi jugak . Dengan waktu yang agak panjang belajar tambah lagi dengan perangai JUNIOR ? Tahun nie budak lelaki junior jadi rebutan senior lah kan ... Berbeza dangan tahun lepas sangatlah , sebab tahun ini  HANDSOME sangat-sangat . hahaha . Kelakarlah kan.... hahah . So apa lagi ramailah mintak deaclear la nie ? hahah . tidak termasuk aku ok ! huhuh ... hahah . kali ini tiga minggu tak balik rumah . WOW .... rindu sangat -sangat kat mak dan abang -abang ni <3 ... Alhamdulilah thun nie tiada HISTERIA ... kepada lelaki yang rase dipergunakan tu . Sedar-sedarlah sikit ok . KELAKARLAH weh .... Kesian jugak kadang - kadang korang  ni . aaah lantak la . hehhe . tahun nie junior LORAT sangatlah weh ... . Malam sebelom balik tu gempak weh korang sound JUNIOR ... actually banyak nak bercerita tapi ... nanti-nanti la ok (:

lelaki dan lelaki ?

Assalamualaikum ... jap ek nak buang habuk yang agak tebal sangat nie .. hehhe . haish kenapa dengan LELAKI ? ok now aku nak bercerita tentang LEAKI? maaf lah aku bukan tak nak terima kau tapi buat masa sekarang ini aku belum bersedia untuk BERCINTA . Aku harap kau memahami aku ok . Aku lebihkan masa untuk SPM aku nie . mungkin lepas aku dah berjaya baru aku cuba untuk BERCINTA ye dear sayang . heheh . Walaupun kau terhebat dan banyak GIRLS lain yang cair dengan kau pun aku tidak kisah (cehhhwah) ye ke ? ye laa . walaupun kau cairkan PEREMPUAN dengan chocolate or ayat-ayat manis kau tu . hurm ... aku tak akan tegur dan tak pandang kau pun ok . untunglah baru je jd FC dah ramai minat kan ... wah ... hope kau x dikecewakan lagi k ... last waktu kita lepak waktu PRS sambut pelajar baru dan bergambar bersama  kan ...heheheh . byebye

Tuesday, January 3, 2012

SELAMAT TINGGAL si dia , facebook , twitter , blogger , phone

Assalamualaikum ....


selamat tinggal untuk SI DIA 


 Selamat tinggal untuk  FACEBOOK


         Selamat tinggal untuk TWITTER
 Selamat tinggal untuk BLOGGER

 Selamat tinggal untuk MY PHONE 
selamat tinggal untuk BEAR

Tinggal semuanye .... tidak mengapa hanye sementara kan DEAR ?

Monday, January 2, 2012

Assalamualaikum . hye hye hye semua ...pagi tadi bangun tido je terdengar mak dan abg aku cakap ada orang meninggal dunia , Aku ingatkan orang tua rupenye NAJMI FAZARI ERI . Al fatihan untuk arwah . Semoga ditempatkan bersama orang beriman ye (: kenapelah aku rase begitu sedih ... Padahal tak ada la kenal mana pun kan . Aku terdengar abg aku bercerita yang dia baru balik main futsal dalam perjalanan balik dia terjumpe mayat ...abg aku pergilah tengok dan check nadi dia . Dah xde daa . INNALILAHIWAINAILAIHIROGIUN... abang aku orang ketiga ada ditempat kejadian . mayat dia pun dah sejuk . Kesian aku tengok mak dia .. Asyik sebut "ABG" je .. mungkin allah s.w.t sayang dia . baru aku sedar mati ni tidak kira umur , tua dan muda kan ? aku macam tak percaya je sebab baru je nampak dia lalu depan rumah aku . walaupun kita orang sekolah rendah dan menengah sama -sama tapi macam tak kenal je . Arwah baru je lepas SPM , tengah tunggu result SPM dia . Ramai betul kawan-kawan dia datang tadi . semoga arwah di tempatkan dengan orang beriman :) .

SELAMAT HARI JADI AYAH

ASSALAMUALAIKUM .... in the name of Allah the most gracious and the most merciful..



  happy birthday ayah

       this poem is special dedicated for you


You're a dad,
and you're doing great,
You taught me by example,
as a role model,

Everyday the whole year through,
You always make the effort to listen and share,
with thousands care,
This is a wishful daughter pray,
that you always stay the same,
as a lovely father,
as a knowledgeable teacher,
as a good listener,
as a wonderful exemplar,
as a best person ever..

I feel grateful that you are my father,
May Allah bless you always..
Happy Birthday..


selamat hari jadi ayah..orang sayang ayah sangat3..>_< walaupun ayah dah tak ada lagi zira tetap ingat befday ayah ... AL-FATIHAH untuk arwah ayah ... semoga ditempatkan bersama orang yang beriman AMINNN ...