Tuesday, May 8, 2012

SUMPAH AKU RINDU !


Sumpah aku rindu. Rindu yang tak pernah terubat di hati kecil ku. perasaan rindu yang sering datang tanpa di jemput, dengan mudah ianya datang kemari dan  menusuk ke dalam kalbu. Aku rindu emak. aku rindu abang-abang. aku rindu saudara mara . aku rindu atuk nenek. aku rindu teman2 seperjuangan. Rindu yang amat bermakna. dan aku rindu kekasih hati. kini, rindu belum dapat diubati. Ye sekali lagi, aku rindu.

Wahai kekasih hati. andai kau tahu, betapa kecil nya hati. betapa sayu nya hati, betapa peritnya hati ini untuk memikirkan keadaan mu . andai kau tahu, aku rindu.rindu waktu bersama . rindu saat kau berceloteh, tapi aku hanya berdiam . mengapa? sbb aku beri laluan untuk kau berkata2 dan aku ingin mendengarnya.andai saat itu kau ucapkan kata2 cinta , 'i love you' terasa bahagianya diriku . tpi. aku tahu, kau tak mampu. benar. robeklah hatiku , betapa terangnya cahaya yang menyuluh lingkaran hatiku. terangnya cahaya kini semakin pudar. andai kau tahu. aku rindu untuk bergaduh, ye bergaduh antara kau dgn aku.kau marah dan aku hanya biarkan, kenapa ? sbb aku taknak besarkan masalah . mmg betul aku biarkan dan tak kisah, tpi dalam diam aku ambil kisah. kenapa ? sbb aku cinta kau seorang. motif ?

Pernah suatu ketika. bukan lagi dah satu ketika. tpi mungkin dah bertika2. kau bahagia, ye mmg kau bahagia. tapi bahagia bukan lah dengan aku . kenapa? sbb aku rasakan sesuatu . aku rasakan something. yess memang betul dgn apa yang aku rasa. perasaan aku tak lari jauh . dan apa yang aku rasa itu sememangnya benar. kau bahagia. apa yang aku mampu lakukan. saat itu mmg aku tak mampu berkata apa2 . dan aku tak mampu untuk melakukan apa2. aku hanya terdiam seribu bahasa dan hanya mampu tersenyum.kenapa aku senyum? sbb aku akan bahagia bila tengok kau bahagia. dan aku senyum untuk tumpang gembira :) tapi. knpa. knpa benda ni semua dh berlalu ? kenapa. knpa sekarang baru aku terfikir pasal semua ni ? sebab aku rasakan sesuatu.

tapi, aku bersyukur...
aku bersyukur kerana Allah pertemukan kita...

walau kini kita terpaksa jauh, walau kini kita masih belum bersua untuk seberapa lama. walau kini mungkin kau terluka.lukanya hati kau mungkin kerana aku, aku yang kurang memahami perasaan kau .mungkin kini kau terpaksa. terpasa dari paksaan aku yang sering memaksa. maaf ku pinta. walau kini mungkin kau terleka, terleka dengan alam dan hasil kerja dunia. apa pun yang terjadi, aku mahu kau tahu. aku ada menunggumu, untuk tetep terus berjanji. kekasih sepertimu, sukar di cari ganti. aku tahu kau tengah baca isi hati ku ini . maaf andai apa yang dikata menyinggung perasaan kau .maaf juga jika penggunaan bahasa "kau aku" membuatkan kau lebih terasa. sbb. apa yang aku luahkan ini semua nya dari hati, hati yang berkata2 bukanlah mulut yang menyebutnya.

"aku takut untuk melihat kau berubah,
tapi, aku lebih takut aku yang berubah"


kau marah aku ? kau tak suka ? kau benci ?
tolong. tolong jangan ganggu fikiran aku.tolong biarkan aku bercerita, tolong biarkan aku mengarang , tolong biarkan aku berkata2 , tolong biarkan aku berkarya, tolong biarkan aku melakar, dan tolong biarkan aku berkata kata seorang diri. kerana aku punya pendirian yang tersendiri.

kini. perasaanku kian diabaikan dan terabai. aku tahu kau mungkin sibuk. tak mengapa, itu hidupmu. kan aku dah ckp, aku cuma nak tumpang gembira :')

Kini aku semakin dewasa. ya, aku tahu, itu belum cukup untuk sempurnakan hidupmu.
Minta maaf, ini je yang aku mampu. Terima kasih.

#Aku bahagia.

No comments:

Post a Comment