Friday, February 3, 2012

Cinta tak kejam, cuma manusia yang tak pandai menghargai cinta

    Assaamualaikum semua   :)  
Pernah dengar kan ayat ni, “cinta tak kejam, cuma manusia yang tak reti nak hargai cinta”. Ha, itu kan ayat watak Izzah dan novel dan filem Ombak Rindu. Bila fikir balik, memang karya Fauziah Ashari adalah satu naskah tentang cinta yang sangat bagus. Ayat ayatnya mendalam. Cinta tak kejam dengan manusia, cuma manusia yang tak pernah pandai menghargai cinta.


Sebab itu bila sesuatu dugaan berlaku dalam sesuatu hubungan dan kisah cinta, mengapa perlu salahkan cinta? Ada yang kata cinta tak wujud, cinta hanya sesuatu yang sia sia dan tak guna bercinta jika hanya dapat derita. Kenapa salahkan cinta sedangkan manusia yang salahgunakan nama cinta? Cinta itu sangat indah. Ia adalah anugerah yang Allah beri kepada manusia supaya manusia tidak kesunyian dalam menghadapi hidup. Cinta yang paling sejati adalah cinta yang datang tulus ikhlas dari hati tanpa sebarang syarat dan sebab. Tulus dan ikhlas hanya kerana Allah. Kita cuma manusia biasa, memang kadang kala khilaf apabila menyamakan cinta dengan nafsu. Tapi seboleh bolehnya, selagi kita ada akal dan fikiran yang bersih, belajarlah kenal erti cinta dan makna cinta yang sebenarnya. Jika sekarang korang tengah bersedih atau sakit hati dengan cinta, redhalah kerana Allah. Allah telah mengurniakan sebuah perasaan cinta kepada korang yang ada orang lain tak pernah dapat. Jadi redhalah dengan Allah <3 .

No comments:

Post a Comment